Thursday, June 25, 2009

Michael Jackson telah pergi...

Telah mati pagi tadi waktu malaysia . waktu amerika pukul 2 petang . Erm apa punca ? mesti banyak spekulasi , especially D-A-D-A-H . renung-renungkan selamat beramal . :)




Read more...

Thursday, June 18, 2009

Jason Mraz - Im Yours



Best lagu ni . versi original sebelum bermula era-era pengubahan pada setiap konsert yang beliau buat .


Read more...

Salah satu lagu kegemaran aku



Lagu ni memang the best melodi dan lyric yang fantasy . Aku layan game ni antara yang terhebat dari final fantasy . memori indah bila main game ni . Cheers


Read more...

Lesson - No Women No Cry



Melayari youtube 1 hobi yang aku x pernah lepas pandang .:)



Read more...

Tuesday, June 16, 2009

Pokemon punya dragon ball



Aku tak boleh tahan gelak siot wahahahahhaha


Read more...

Antara babak-babak wajib dalam sesebuah filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA

Berikut adalah antara ciri-ciri Drama/Filem Melayu

1. 80% jalan cerita berkisar tentang:
a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.

2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished.
Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home
work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).



3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".

4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING,tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).

5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog
wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan
ubat ". ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).

6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau
lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab
atau Mak Jah.

7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak
pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar,
tutup pintu pagar.

8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah
sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).

9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan
pakai bracelet.

10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

Drama/Filem Cina.

1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan
kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.

2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah
lengan besar jubah dia.

3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam
filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....

7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling
mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).

9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air
paip.

10. Cerita Blue dia pun tak best. Awek mengerang jek lebih.

Drama/Filem India / Hindustan .

1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh
orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor
Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang
dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri
melalui tanda parut.

2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.

3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan
Heat.

4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.

5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan
tukul besi.

6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.

7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu
kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu
lagu.

8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.

9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh
' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha....bla....bla....bla...'.

10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik
ramai plak yang tunggu sampai abih.

Sekian laporan ikhlas untuk pedoman tuan2 director filem.anda boleh tambah dalam ruangan komen jika anda tahu ciri ciri yang lain....

Diambil dari email rakan-rakan

Read more...

Himpunan Cerita Lawak

Rumput dan Kuda
Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"

Ada lagi . Klik Read More

Pengemis gila
Pengemis : Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu.
Bapak : La? Orang bisu tak kan bleh cakap lak?
Pengemis : Eh, salah! Orang tuli, Pak Cik!
Bapak : Tak kan bleh mendengar?
Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik!
Bapak : (Sambil mengeluarkan wang receh)Tidak ada duit!!
Pengemis : Itu ada tiga ratus !
Bapak : Katanya buta, tak kan boleh melihat?
Pengemis : Salah lagi. Orang gila, Pak Cik!!


Demam Malaysian Idol
Disebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan nama sebenar) :

Kadi : Hassan...
Pengantin Lelaki : Saya ustaz...
Kadi : Dengar baik2 ya Hassan...."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"
Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)
Saksi Pertama : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)
Saksi Kedua : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)
Saksi Ketiga : Errrr....lontaran suara awak tidak jelas...saya tak dengar apa yg awak cakap....pitching berterabur ke laut..jiwa awak kosong...takde feel.... low note tak sampai, high note awak takde kawalan.. sepatutnya ditahan..falseto lemah...


Wanita dan Lelaki Tua
Seorang wanita sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu berkata, " Saya tengok encik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria?"

"Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam", kata lelaki itu.

"Wah! Hebatnya encik", kata wanita itu. "Berapa usia encik sekarang?

"Dua puluh empat."

Isteri Tersayang
Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Teliti itu penting!

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk. ....

SEKARANG.... .TUMPUKAN PERHATIAN... ..PAHAM!!! !!

Read more...

Kesian Jac



Jatuh tersungkur , mujur tak cedera .

Read more...

Belajar bahasa Inggeris



Kita semua kena belajar bahasa inggeris , bukan hanya untuk penulisan tadi pergaulan . cheers

Read more...

Monday, June 15, 2009

Panglima Badul - Tele-movie

Masih ingat cerita Panglima Badul ? Film solo production yang famous satu ketika dulu . hah dah lama tv3 tak keluarkan cerita dongeng ni . haha Mari layan-layan cerita lama . Filem ini diarahkan oleh Hussein Abu Hassan dan diterbitkan pada tahun 1978. Filem ini dibintangi oleh A.R Badul,Yusni Jaafar,Hussein Abu Hassan,Benjamin S,R. Jaafar,Normadiah,Datuk Mahmud June dan lain-lain

Part 1


Klik read more untuk tengok part-part selebihnya


Part 2


Part 3


Part 4


Part 5


Part 6


Part 7


Part 8


Part 9


Part 10


Read more...

Sikit Punya Gila

Mengenangkan cerita-cerita lama Hamid Gurka . Seram aku tengok dialog . Meh Layan , Rasa boring2 tu .

1/10




2/10


3/10


4/10


5/10


6/10


7/10


8/10


9/10


10/10








Read more...

SEBAB UTAMA STADIUM SULTAN MIZAN RUNTUH

Faktor-faktor runtuhnya stadium sultan mizan

Dikala Ultraman sedang bergembira di stadium sultan mizan

Serangan daripada musuh tradisi raksaksa jepun


Dan meruntuhkan sebahagian daripada stadium

Read more...

Apa yang dia ketawakan ?



Mengelakkan orang . tak baik betul dia ni

Read more...

Kelakar habis



Punya dasyat efek dia . hahahah merah bijik mata aku gelak .

Read more...

Iklan Macdonalds



Kerana MacDonald semua berubah .. haha

Read more...

Iklan yang tak akan masuk malaysia



Fuh dasyat rejoice . Saper kat sini pakai rejoice ? nak test pegang rambut

Read more...

Iklan Pepsi



Mutu kualiti iklan tinggi . Iklan Malaysia ?

Read more...

Too Phat Ft Zizan



Terjurai bulu ketiak aku . hahahha . Apa si zizan ni takde kerja ke ape .

Read more...

Beat Box



Naik ngilu lelangit aku cuba buat beat box . hahaha . aku ingatkan hape la beat box . menyembur air liur aku . ceh


Read more...

Drum ( Super Mario )



Mahal drum set ni . Layan jer lah :)

Read more...

Canon Rock



Aku betul-betul impress dengan cara dia main guitar . Wahahaha sape leh ajar aku main guitar ?



Read more...

Alexa



Lagu ni betul-betul hit dekat hot fm . Sehari dekat 3-4 ulang lagu yang sama .


Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu

Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak di sini
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak di sini
oh..

Izinkan aku berlutut mengharap kau tuk kembali
Izinkan aku berharap dirimu kembali
Dan kembali
Dan kembali lagi

Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu
Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu

Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak di sini
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak di sini
oh..

Izinkan aku berlutut mengharap kau tuk kembali
Izinkan aku berharap dirimu kembali
Dan kembali
Dan kembali lagi

[Reff:]
Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu

Ho..ho..ho..ho..

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP